Jumaat, 28 Januari 2011

Manfaat Surah Alam Nasyrah & Petua Mendapatkan Anak.

salam semua,

Hari ni aku nak kongsi blog post yang aku bace sebentar tadi. Kongsi-kongsilah. Mana tau, kita akan dapat syafaat dan kebaikan daripada berkongsi ilmu begini.

*********************************************

Sebentar tadi saya selesai menonton Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek (cuba cari profile FB beliau, tapi tak jumpa). Tajuk menarik untuk hari ni - ANAK ANUGERAH ALLAH. Topik yang saya kira sangat relevan memandangkan senario keruntuhan sosial dan cabaran-cabaran keibubapaan dalam membesarkan anak-anak.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan konsep pendidikan berlandaskan agama adalah yang terbaik dan juga penyelesaian untuk 1001 macam permasalahan sosial. Semoga sahabat-sahabat dan mungkin saya juga (jika diizinkan Allah) mampu menjalankan amanah ini berlandaskan apa yang seharusnya bagi memastikan generasi akan datang, adalah generasi yang terpelihara dari 1001 macam cabaran masa kini.

Okay, saya sebenarnya nak kongsi beberapa ilmu yang saya peroleh sebentar tadi.

MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH

1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bahagian pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Tafsiran seterusnya surah Alam Nasyrah:

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

PETUA MENDAPATKAN ANAK

Menurut Ustaz Hanafi Abdul Malek, bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan anak, minum segenggam kurma yang dikisar bersama segelas susu kambing. Sekali seumur hidup juga sudah mencukupi.

Selain itu, amalan makan 7 biji kurma dan susu kambing juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan.

Selamat mencuba & maaf kalau saya ada tersilap di mana-mana.

:)

Khamis, 13 Januari 2011

CARA GUNA NAPPY LINER

Washable Nappy Liner


Kelebihan menggunakan liners bersama diapers

1. Melindungi diapers dari cecair dan kotoran yang sukar untuk dihilangkan terutama apabila bayi anda membuang air besar

2. Membantu agar bayi anda terasa lebih kering sewaktu memakai cloth diapers - dengan ini ruam lampin yang dideritai oleh bayi anda akan sembuh dengan lebih cepat

3. Pelbagai kegunaan - selain dari digunakan bersama cloth diapers, liners ini juga boleh digunakan bersama lampin pakai buang

4. Melapis dan melindungi kulit bayi dari bersentuhan secara langsung dengan bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang - Bagi mereka yang masih menggunkaan lampin pakai buang, liners ini sangat berguna bagi melindungi kulit bayi anda dari bersentuhan secara langsung dengan bahan kimia yang terdapat didalam lampin pakai buang.

5. Membantu mengurangkan jumlah penggunaan cloth diapers dan juga lampin pakai buang - liners amat berguna bagi bayi yang baru lahir (newborn) yang kerap buang air besar tetapi dalam jumlah yang sedikit.Anda hanya perlu menukar liners sahaja setiap kali bayi buang air besar dan tidak perlu menukar keseluruhan cloth diapers atau lampin pakai buang dengan lebih kerap. Liners ini juga sangat sesuai digunakan sewaktu bayi anda sedang mengalami masalah cirit birit yang memerlukan penukaran lampin dilakukan dengan lebih kerap.

6. Menjimatkan wang anda - kerana ia boleh dibasuh dan digunakan berulang kali berbanding dengan liners pakai buang yang hanya boleh digunakan sekali sahaja. Dalam erti kata lain, pelaburan anda bagi washable liners ini hanya sekali saja. Bukan itu saja, penggunaan washable liners ini juga boleh membantu mengurangkan jumlah penggunaan lampin bagi mereka yang masih menggunakan lampin pakai buang

7. Bebas dari bahan kimia dan selamat digunakan - washable liners ini dibuat dari kain yang tahan lasak tetapi lembut kepada kulit dan tidak mengandung bahan kimia. Oleh itu ia selamat digunakan dan tidak memberikan kesan sampingan kepada bayi anda

8. Corak yang cantik, berwarna warni dan pelbagai pilihan - saya pasti bukan sahaja anda, tetapi bayi anda juga turut tertarik dengan corak dan warna washable liners ini. Dengan ini ia akan membantu dan memudahkan anda untuk memakaikan lampin pada bayi anda

9. Bentuk liners seperti gelas dan lebih kecil dibahagian tengah - dengan ini ia tidak mudah terlipat dan beralih selepas diletakkan diatas diapers.

10. Saiz liners yang lebar dan panjang (Lebar 5 inci di bahagian depan dan belakang dan panjang 13 inci) - cukup untuk menutup keseluruhan permukaan atas poket diapers dan mengelakkan diapers dari kotor

11. Mudah untuk dibasuh dan dicuci - kerana ia boleh dibasuh dengan tangan dan juga dengan mesin basuh. Selain dari itu, ia juka boleh dimasukkan dibahagian spin dalam mesin basuh bagi tujuan pengeringan yang lebih cepat

12. Mudah untuk dikeringkan - kerana washable liners ini dibuat dari sejenis kain yang nipis agar mudah untuk dikeringkan

13. Oleh kerana liners ini berfungsi sebagai pelapik, ia boleh juga digunakan untuk melapik diapers terutama apabila anda kekurangan diapers. Apa yang perlu anda tukar cuma insert sahaja, lapiskan dengan liners di bahagian atas poket diapers dan anda boleh gunakan diapers yang sama kembali.

14. Mesra alam sekitar - kerana ia boleh dibasuh dan digunakan kembali. Dengan itu ia membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang setiap hari.

15. Selain untuk kegunaan sendiri, ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk teman-teman anda yang baru menimang cahaya mata
  • Pengalaman saya menggunakan nappy liner- setiap kali lepas dibasuh dan spin di mesin basuh, liners dah terasa kering walaupun belum dijemur :-)

Selasa, 11 Januari 2011

"BELASAH SUKA-SUKA"

Macam tak percaye aje zaman sekarang macam-macam kes. Hari ni terbaca berkenaan bebudak sekolah zaman sekarang. Rasenye aku dulu zaman sekolah tak terlintas nk buat keje begini. Hai sedih dan pilu dgn budak-budak sekrang dek hanya "BELASAH SUKE-SUKE"

~nzalinazsshoppe~


Petikan dari:

<span class=
BERSIMEN...Johari menunjukkan kaki kiri Mohd Syazwan yang disimen selepas dipukul lima pelajar senior.


ALOR SETAR: “Ketika menahan kesakitan, depa (mereka) pukul lagi tanpa belas kasihan, bila saya tanya kenapa, depa kata saja syok-syok,” kata Mohd Syazwan Johari, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mergong di sini, yang retak lutut kiri selepas mendakwa dibelasah lima pelajar senior di asrama sekolah berkenaan, Ahad lalu.Dalam kejadian jam 6.55 petang itu, mangsa dikatakan baru selesai mandi apabila dipanggil seorang pelajar tingkatan tiga ke biliknya, namun dia enggan. Menurutnya, berikutan itu, pelajar senior terbabit mengheretnya dari biliknya ke bilik bersebelahan sebelum empat lagi pelajar tingkatan tiga membelasahnya di badan dan kaki.

“Saya tidak tahu kenapa mereka marah dengan saya, walhal tidak pernah membuat mereka marah.

“Ketika memasuki asrama ini tahun lalu, mereka turut membuli saya.

“Mereka marah kerana saya tidak mengikut arahan menyebabkan mereka menarik dan mengheret saya sebelum empat rakan mereka menyerang saya termasuk menampar, menumbuk dan menendang bertubi-tubi.

“Saya rebah dan dan terduduk sebelum dua pelajar lain memegang kedua-dua tangan dan mengheret ke pintu bilik menyebabkan kaki kiri terkena rak kasut besi,” katanya ditemui di rumahnya di Kuarters Kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.
Mohd Syazwan berkata, rakan lain yang menyaksikan kejadian itu tidak berani membantu kerana pelajar berkenaan sudah memberi amaran.

“Lutut kiri saya begitu sakit menyebabkan mengerang kesakitan, namun langsung tidak dipedulikan mereka.

“Keesokannya, guru membawa saya ke klinik untuk rawatan sebelum pulang semula ke asrama,” katanya.
Menurutnya, bapanya terpaksa datang dan membawanya pulang ke rumah kerana tidak dapat meneruskan pembelajaran berikutan kesakitan teruk di kaki.
Bapa mangsa, Johari Zainon, 35, berkata, dia kecewa dengan pihak sekolah itu kerana lewat memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Doktor mengesahkan tulang lutut kiri anak saya retak dan perlu disimen selain terpaksa menjalani pembedahan kedua.

“Perkara ini menyedihkan kerana kes gangsterisme berlaku di asrama sekolah dikawal warden,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar jam 1 pagi semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan.

“Setakat ini, polis menahan lima pelajar berusia 15 tahun dan akan dibawa ke mahkamah esok (hari ini) untuk direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.

Isnin, 10 Januari 2011

PENGHANTARAN PERCUMA!!!!!


PROMOSI PEMBUKAAN TAHUN BARU!!!!

SEMUA PEMBELIAN KEPADA SEMUA PRODUK @ NZALINAZ'S SHOPPE PADA BULAN INI ADALAH PERCUMA!!!



CEPAT-CEPAT MARI BERSHOPPING SEMPENA PROMOSI PENGHANTARAN ADALAH:






Selasa, 4 Januari 2011

ALHAMDULILAH....SYUKUR

Assalamualaikum semua....

Dengan ini saya dgn rasa syukur dan terujanya merasmikan pembukaan kedai online nzalinaz's shoppe. Setakat ini kami menawarkan beberapa produk yang berkualiti untuk anda. Produk akan diupdate dr mase ke semasa. Semoga anda semua dapat memberi sokongan yang berterusan dan segala komen serta pertanyaan dari anda amat dialu-alukan. Harapan saya agar anda semua berpuashati dan gembira membeli-belah di online shop saya ini...akhir kate, smg kte dpt bekerjasama dan happy shopping! Tanpa anda siapalah kami..hehehe..:)







Kenapa anda perlu membeli-belah secara online di
nzalinaz's shoppe

1) Kita sering tidak berkesempatan untuk keluar membeli-belah di bazar-bazar atau pasaraya disebabkan kesuntukan masa.

2) Anda tidak perlu menanggung kos pengangkutan, kos penggunaan petrol, bayaran tol, tambang, bayaran parking, dan lain-lain fee untuk membeli belah. Kos tambahan yang mungkin perlu anda tanggung hanyalah belanja penghantaran/pos sahaja.

3) Anda akan mendapat produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Anda juga masih berpeluang untuk berunding tentang harga menggunakan email atau YM.

4) Dengan kemudahan membeli belah secara online, anda tidak perlu menunggu hujung minggu atau mengambil cuti utk keluar membeli-belah.

5) Anda boleh membuat pilihan dan membeli-belah semasa berada di pejabat atau dari rumah anda sendiri tanpa mengira waktu.


Sekian, terima kasih
nzalinaz's shoppe

Isnin, 3 Januari 2011

KENANGAN RAGAM MENGANDUNG

Setelah 5 bulan mendirikan rumahtangga, akhirnya aku disahkan hamil 6 minggu. Aku dijangka bersalin pada 12 Julai 2008. Sepanjang kehamilan aku mengalami morning sickness yang sangat teruk. Aku hanya mampu berbaring, tiada selera makan, pening kepala dan mabuk. Jika orang lain mabuk hanya 4 bulan pertama tetapi aku mabuk hingga masuk bulan ke 9 kehamilan. Aku diberi cuti rehat oleh doktor selama 2 minggu dan keadaan ini dipanggil “hyperemesis gravidarum”.

Pada 8 Julai, seperti biasa aku menjalani rutin pemeriksaan mingguan memandangkan kandungan yang telah menjangkau 40 minggu. Apabila diperiksa bukaan rahimku sudah 1cm. Apa lagi, petang hari tersebut aku mengajak ibu dan suamiku berjalan-jalan di kawasan taman permainan yang berdekatan untuk mempercepatkan proses kelahiran. Tak sabar rasanya aku ingin melahirkan bayi sulungku ini. Malamnya aku tidak berselera untuk makan nasi lalu aku meminta suami membelikan waffle dan jagung rebus sahaja. Sekitar jam 11 malam, perutku terasa sakit dan menegang selang setengah jam. Aku segera menghubungi suami yang tiada di rumah agar segera pulang. Sekitar jam 1 pagi sakit semakin kerap selang 10 minit. Lalu, kami mengambil keputusan untuk ke hospital bersalin.

Tiba di sana, pintu rahimku sudah terbuka sebanyak 3cm. Aku segera ditahan diwad bersalin. Sementara menunggu ketibaan doktor untuk pemeriksaan, suami yang setia menemani tidak henti-henti membaca beberapa surah al-Quran dan doa disisiku yang sedang menahan kesakitan. Sekitar jam 5 pagi jururawat yang memeriksaku berkata”dik, kalau dah tak tahan sangat, ambik epidural aje. Ada patient tu dah 8 cm pun ambik epidural juga”. Aku katakan padanya yang aku masih boleh menahan kesakitan tersebut. Jam 8 pagi bukaan rahimku sudah mencapai 8cm. Tiba-tiba terlintas difikiranku akan kata-kata jururawat sebentar tadi untuk mengambil epidural. Lalu aku memberitahu suami hajat tersebut dan dia segera memaklumkan pada jururawat yang bertugas.

Jam 9 pagi doktor bius tiba untuk memberi epidural akan tetapi setelah pemeriksaan dibuat, bukaan rahimku telah mencapai 10cm. Lalu doktor dan jururawat segera melakukan persediaan untuk proses kelahiran bayiku. Tepat jam 9.30 pagi lahirlah putera comel seberat 3.15kg. Kami menamakannya Muhammad Syahmi Muhaimin bin Sharizad. Terima kasih kepada doktor dan semua kakitangan Hospital Pakar An-Nur yang telah memberi layanan baik sepanjang aku berada di hospital. Alhamdulilah Syahmi semakin hari semakin bijak dan petah berkata-kata. Kadang-kadang aku berasa geli hati bila teringat kembali saat aku inginkan suntikan epidural tempohari. Walhal, setelah berjam-jam aku boleh menahan kesakitan, bukaan sudah mencapai 8cm baru aku mahukan epidural. Ternyata bayiku tidak mahu aku membuat suntikan tersebut. Kini, kami sekeluarga sedang menunggu kehadiran ahli baru dalam keluarga yang dijangka lahir pada Mac depan. Umi doakan agar Syahmi menjadi anak yang soleh dan berguna pada agama, bangsa dan negara.

Sekian Terima Kasih


Design by Shahrisizwan